KAK PAH NASI KANDAR
>> Wednesday, December 30, 2009
SELAMAT DATANG ke laman web kakpahnasikandar.blogspot.com. Semua maklumat yang dipaparkan adalah mengenai perniagaan Kak Pah, seorang anak Melayu tempatan yang berasal dari Kodiang, Kedah sebagai usahawan Nasi Kandar. Semuanya bermula hasil Kak Pah menghadiri kursus Penghasilan Nasi Kandar yang telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah beberapa tahun yang lalu.
Hasil dari kursus tersebut, Kak Pah telah mempelajari resipi nasi kandar original 'mamak style' dan memperkembangkan lagi perniagaannya yang sedia ada sejak tahun 2007 dengan resipi-resipi baru. Sebelum ini, perniagaan Kak Pah beroperasi dengan hanya menggunakan beca. Namun, berkat usaha yang gigih, akhirnya Kak Pah Nasi Kandar telah mempunyai tapak perniagaan yang beralamat:
Lorong Haji Saad
Kampung Kubang Beruang
06100 Kodiang
Kedah
Selain perusahaan nasi kandar, kak pah turut menjalankan perniagaan kuih kering yang diwarisi sejak 25 tahun lalu. Dimana perusahaan ini mendapat sokongan dari MADA dan Amanah Ikhtiar. Perniagaan ini dijalankan dibangunan sendiri bersebelahan rumah Kak Pah. Read more...